Oct 10, 2012

Majlis Hari Keluarga Haji Che Salleh Bin Abdul Rahim "Salehiy"



 Assalamualaikum....

Selamat sudah berlangsung majlis keluarga hari Ahad lepas. Walaupun diadakan pada hari Ahad tapi saya sibuk sejak Jumaat .Ada tetamu nak bertandang nak kemas rumah,bersihkan rumah .Mak mentua datang ....hehehehe.Hari Sabtu pula nak kena masak-masak dan saya ada jemputan kahwin di Masjid Uniten .Jadinya dari pagi sampailah ke malam memang keluar masuk rumah.Kebetulan pula husband offshore di Bintulu ,saya lah yang kena uruskan segalanya.

Sebenarnya ini majlis sebelah mak suami saya .Maknanya sebelah ibu mentua saya lah.Suami saya keturunan yang ke 5 iaitu cicit.Haji Che Salleh ni ialah moyang suami saya .Bukan moyang tapi atas moyang tak tahu kan nak panggil apa.Moyang suami saya ni cuma 4 beradik.Tapi mentua saya ada 10 adik beradik so inilah yang berkembang .Bila sampai cucu dan cicit keluarga ini jadi besar .Saya cuma kenal sepupu-sepupu suami dan mak saudara n bapa saudara husband je.Ada lah juga kenal sepupu-sepupu mentua yang tinggal di Bangi yang saya juga kenal .So oklah juga kan.

Tapi kalau ikut nama suami saya tak ada jugalah sebabnya ini sebelah mak mentuakan so nama suami tu tak dapatlah juga sampai ke generasi ke 5.Kalau keluarga sebelah bapa mentua saya buat barulah dapat nasab sebelah suami saya kan .Itu baru lah suami saya boleh letak bin tu banyak sikit macam Nabi kita s.a.w dan sahabat kan .

Majlis ini cuma untuk suai kenal dan merapatkan kembali silaturahim keluarga yang dah lama terputus.Ada yang tidak dapat dihubungi pun ada,.sayang kan .So bila dapat buat majlis begini at least anak-anak saya tahu juga lah asal keturunan abah diaorang .





Dewan serbaguna Masjid Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin

Anak-anak saya ,lepak-lepak atas tikar je


Baju biru bercermin mata tu mentua saya ,baju biru lagi satu tu mak saudara husband yang rapat juga dengan saya .2 lagi sepupu mentua ...lama tak jumpa ni .dapat borak nak bangun pun dah malas ...heheheh

Ini ketika acara microphone bergerak.Microphone mencari saudara dan perkenalkan

Ini sesi bergambar .Saya berdiri di tengah dan barisan kedua akhir ,so ada ramai lagi belakang saya ni ...

Ini famili tree....tapi tak ada nama saya dan anak-anak .Baru sampai ke generasi 5 ,anak-anak saya generasi ke 6 tak masuk kan lagi ....maybe kesuntukan masa kot ...
Oklah sampai disini dulu .....nanti jumpa lagi ...wasalam

9 comments:

  1. seronok dpt berjumpa ahli keluarga trutama yg x penah jumpa...bukan mudah nak buat acara besar camni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alin ...meeting AJK ni sejak dari sebelum puasa lagi kot.Suka juga walau penat

      Delete
  2. Wahhhh bagusnya camni. Yg saya tahu keturunan syed syarifah yg selalu buat camni kan. Famili saya nk gather sesama cousin pun payah, tambah plak mak saudara dah ramai yg meninggal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mila ...ini pun banyak Wan dengan Nik.Orang sebelah Kelantan kan ...Kalau famili saya sepupu pun ada yang tua dari arwah mak saya

      Delete
  3. Perghh.. ramai betul.. agak2 berapa ratus sedara yang datang kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zila ...tak tahu lah ...ada kot dalam 500 kot lebh kurang la...

      Delete
  4. Ini x besar sangat sebab moyang husband akak ni 4 orang je...kalau famili akak bapa saudara dah 14 orang lepas tu sepupu dah tahu lagi sampai x kenal pun ada ,

    ReplyDelete
  5. Ooo.. bagus buat gathering camni, boleh kenal sedara yang kita tak kenal. Bila sembang baru tau, la... ada sedara tinggal dekat rupanya. (kes Yati masa jumpa hari raya lepas). Hehhe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yati ...betulkan ,kadang dia duduk tepi rumah kita je...

      Delete