Jun 25, 2013

Dari dapur saya .....

Assalammualaikum.....

Dah lama juga terfikir hendak story pasal barang di dapur saya ni tapi tak pula shot gambar-gambarnya. Bukan lah nak tunjuk dapur saya pun sebab hihihi pepaham lah yer .....malu nak tunjuk. Bersepah jangan cakap. Agaknya kalau tunjuk dalam gambar tak nak kot blog ni timbul gambarnya hehehhe....

Ok selalu bila kita dapat hadiah , kita simpan konon sayang nak guna . Tambah-tambah pula door gift or ore Kelate cakap { x pandailah nak spell bahasa kelatan tu ....sorry } siso . Siso or sisa la kot  ,makna nya door gift lah dalam bahasa Kelantan. Kalau Perak bunga telur walaupun bukan dapat telur pun. Jangan penuhkan almari anda dengan siso. Hihihi 
Ok ini dapat hadiah dari Dahlia sempena Jamuan Teh. Dah tak ingat tapi ini macam charity so saya dapat set cawan besar ni dan apron. Apron saya masih guna sampai sekarang. Dah hampir 3 tahun kot saya guna ni. Cawan besar ni saya buat isi sabun pencuci pinggan. Saya guna liquid so inilah bekasnya. Tak ada lah guna bekas-bekas plastik yang selalu kena ganti. Dan juga kadang- kadang dah lama sangat guna dah jadi buruk pula. 


Ini pula untuk wet kitchen. Saya dapat masa birthday saya yang ke 22 or 23 x ingat dah. Hihihi from my supervisor En Kamarul. Piringnya udah pecah. Saya jaga cawan ini dari dalam kotak sampailah saya pindah ke rumah sekarang. Maknanya cawan ni didalam kotak bertahun. Sejak saya bujang dah berpindah-randah rumah. Hihihih dan jasanya berbaloi. 


 Gabak besarnya kan. Walau pun dah lama , saya masih ingat siapa yang bagi. En Kamarul pun dah pencen sekarang. Ada juga mangkuk kecil door gift saya isi garam gula ajinomoto. Lupa nak snap gambar. Lain kali saya tunjuk. 

Ok ini bukan hadiah tapi beli di kilang pinggan Mikasa di Kulim. Pinggan ni brand Mikasa tapi tak ingat dah nama kilangnya. Terletak di Kulim. Memang cantik dan saya ada 3-4 set pinggan Mikasa ni.Sesiapa dari Kulim mesti tahu pasal kilang ni. Bekas ni saya beli 2 biji 1 letak tepung satu lagi milo.


Ini pula bar la konon. Heheheh dulu saya guna tupperware then saya tukar semua guna kaca so lebih cantik dan  senang nampak isinya . Kat atas sekali mangkuk sup hadiah kahwin. Bila kat atas memang hiasan je lah. Itu yang tak suka tu. Tak terfikir lagi nak buat dengan mangkuk tu. 


Yang ini pun saya memang suka tayang sebab malas nak simpan- simpan dalam kabinet. Dasar pemalas kan. Semua malas ,tak nak gerak sikit.  Huhuhuhu ada lag ada table top saya iaitu rice cooker. Biarlah sepah tak nak tunjuk. Hihihih

Ok sampai sini dulu , gunalah barang yang dapat hadiah at least dapat juga pahala untuk yang memberi. Betul tak? Ok jumpa lagi. 

5 comments:

  1. Oh Suzie.. mcm ni ka yg dikatakan bersepah.. adoii dapur saya nampaknya super duper bersepahlah kikikiki

    Brand toaster kita sama nampaknya..
    emmm idea cawan besar tuh nampak boleh pakailah.. sekarang ni cawan besar camni kami gunakan untuk makan cereal or oat/nestum camtuh.. tapi ada satu extra rasanya. Betullah, kalau guna plastik tuh mesti kerap kali buang sbb mereputkan.

    ReplyDelete
  2. Ini part by part , cuba gambaq besar pengsan. Hehehe

    ReplyDelete
  3. Bagus la idea akak guna cawan giant tu...
    Kak..dapur saya...dah la cinonit..bersepah plak tu! Hehe

    ReplyDelete
  4. Cawan besor camtu kak kak Suzie, yati buat kopi. Bior cair, kalau kopi pekat, pening pala. Hehe..
    Tersusun je barang-barang akak. Mana ada bersepah. Belum tengok dapur yati lagi. Hehe..

    ReplyDelete