Trajedi ni terjadi semalam. Pagi lebih kurang subuh kot may be awal lagi. Waktu azan saya sedar ada bunyi siren tapi tak sure siren apa. Dah tu mamai lagi. Alarm saya bunyi pukul 5 so nak tunggu subuh tu golek golek lagi. Patutnya bangun lah kan buat solat sunat sebelum subuh. Dasar pemalas. Ya Allah ampuni dosa hambu mu ini.
Selepas solat tu kejut anak-anak kemudian anak buah saya balik keje dari syif malam bagi tahu terbakar kat belakang rumah saya. Terkejut juga. Api besar katanya. Bila nak gerak pergi sekolah dalam pukul 7 ada jentera bomba lalu depan rumah saya. Bila saya pandang belakang dah berkepul asap. Belakang rumah saya memang tempat lori-lori buang sampah. Sebab tu la rumah saya tak buka tingkap sebab buka je lalat penuh. Stress betul.
Kalau siapa-siapa lalu kajang silk nak ke Putrajaya mesti nampak ni. Asap berkepul. Sampai ke pagi ni asap lagi. Kat luar rumah dah bau asap dah. Pagi tadi saya dengar lagi bunyi jentolak, maybe tutup api dengan tanah. Semalam , Jentera bomba ada la 4-5 buah kot dalam longgok sampah tu padamkan api. Petang semalam 2 pili bomba di kawasan rumah saya ni digunakan. Pagi ni ada lagi asap tapi bomba dah tak ada . Jentolak still buat kerja lagi. Dah la jerebu ni kan terbakar pula. Luas juga longgok sampah ni. Kami yang duduk sini memang tak larat nak berperang dengan lalat.
Ambil gambar dari bilik jahit saya , x nampak sangat. Dah kena tolak segala pokok belakang rumah saya ni sebab nak buat surau. Nasib baik jentolak tu baik , tak tolak pokok betik , mangga dan kelapa saya . Terima kasih, betik baru takat pinggang sayang nya kalau kena tolak.
Ini dari bilik anak dara saya. Nampak tak kawasan putih belakang tu. Itulah timbunan sampah. Ada 3 tempat yang terbakar. Tanah lapang tu tapak surau. Abaikan persatuan bibik tu , suka sangat berkumpul belakang ni.
Sampai sini dulu, saya tak ada suara. Tak sakit tekak tak batuk tetapi tiba-tiba suara hilang. Maybe sebab jerebu hari ni dah ok sikit kalau esok suara bunyi macam itik serati kena minum air asam jawa lah .ok jumpa lagi semua.
Risiko jugak duduk dekat dengan timbunan sampah ni kan..
ReplyDeleteSaya pun sakit tekak n selsema ni, baru jer balik dari klinik, tekak ni asyik gatal jer, dah telan ubat baru ok skit.
Memang pun ptg smlm saya baru terfikir ish aku ni klau ambik gambar dari udara mesti dah mcm kat oversea berasap je belakang rumah.
Deletekak ...sy perasan asap kepul2 tu pagi semlm waktu dlm prjlnan pegi keja..dh agak mesti ada kebakaran
ReplyDeleteShida mlm td jenuh la dok bau asap dalam rumah. Pg ni buka semua tingkap dan on semua kipas. Lega sikit.
Delete