Apr 24, 2014

Seluar kain pelikat dan passport envelope



Assalammualaikum.....

Baru dapat keluar cerita jahit. Ada saja aktiviti jahit cuma kadang lupa nak snap. Tak pun terperap dalam camera. 
Ok ni nak cerita pasal pants dari kain pelikat. Seluar ni untuk Noah Hayden. Dah selamat pakai pun cuma saya tak snap. Hp bateri kong. Hihihi
Dari kain pelikat budak dapat 2 helai seluar ni. Boleh pakai buat bashan atau buat seluar tidur. 
Lama juga nak siapkan. Bukan apa asyik tertangguh. Konon sekejap je jahit , nanti lah nanti lah last last lama baru siap. Kesian noah. Sorry mama noah Pn Jaja. Hihih






Ok satu lagi ni dapat tempahan dari Ustazah Nadia. Dia wassap nak suruh saya buatkan envelope untuk simpan 3 passport. Saya pun ok je sebab suka nak buat kraf macam ni. Asyik jahit baju je boring juga. Tengok banyak juga tutorial tapi saya ikut style saya jelah. Senang. 2 hari dah siap. Yang lama tu nak jahit x tu je. Tebal so kena kerja kuat sikit.




Dah selamat sampai kepada empunya dan dah dibawa naik flight pun. Hihihi
Cukup setakat ini dulu. Nanti cerita lagi. Jumpa lagi semua. 



Apr 22, 2014

Happy Birthday Affan

Assalammualaikum.....

Semoga ceria selalu dan dirahmati Allah Selalu.Nak juga buat entry ni .Kesian anak bongsu saya ni .Mama sibuk sampai birthday dia pun tak buat kek .Sabtu tu pergi wedding di Hilton ahadnya birthday Affan .Ahad pula abah nak ke Miri.Last minit punya schedule.So terpaksalah pagi pagi tu keluar belanja affan sambut besday huhuhu


Affan minta beard papa.yum yum ......krim puff



Kepuasan untuk Affan.Malam tu  terus demam seminggu.Adoiiii besday boy ni.








Layan jelah gambar kami sefamili.Bukan affan yang minta makan disini tapi kak ak-kakaknya .Kakak yang over pun.Tapi dia dapat mainan lego.Ninjago.Puas hatidah.
Sampai disini dulu.Nanti cerita lagi.....Assalammualaikum

Apr 7, 2014

Memenuhi jemputan Raja Sehari

Assalammualaikum....

Sabtu lepas ada 2 jemputan menyambut raja sehari .Satu tu jiran saya dan hari Khamis saya dapat wassap minta buatkan bunga rampai.Hari Sabtu dah majlis nya .So mana mana sempat jelah kan.Karysma Store pun jumaat tutup so beli je kat kedai kedai biasa.Dapat lah lace warna pink tu .Nak combine dengan putih tak ada pula so pandai pandai sendiri lah yer . Bunga ros beli di pasar Kajang. Husband cuti so kami merempit berdua. Heheheh cepat lah. Pandan banyak di belakang rumah. So ini lah hasilnya. Lace pink balut dengan doily dan letak reben putih pink.




Sebelah malam pula jemputan raja sehari juga. Diadakan di Hilton KL Sentral. Adik ipar kepada kakak ipar saya merangkap 2 pupu husband. So mentua saya pun join sekali lah. Meriah majlis ni ,ye lah grand gitu. 

Bersama mentua saya. Tengah beratur nak masuk grand ballroom. 



Ini lah suasa dalam ballroom. Cantik sangat. Macam candle light dinner gitu. 

Husband dengan waris waris nya. Kami duduk semeja. 

Ini pula photo booth. Dah nak balik sempat gambar berempat. Husband pun dah simpan kot dalam kereta. 

Boleh tak selfie macam ni. Hihihi. 

Ini saja gambar pengantin yang cantik di snap.
Gambar bawah ni menu menu yang dihidangkan. 

Mushroom soup dan charcoal bruscetta. 

Ini pula tamarind sorbet with plum sugar. Masam2 rasanya. 

Ni main course. Saya pilih lamb. Sambil makan sambil wassap dengan wafi. Wafi tanya habis ke mama. Besar ni. Tak habis balut tisu bawa balik , kami habiskan. Heheheh kesian budak kena tinggal. Saya makan lamb tu separuh je. Bukan portion saya , besar sangat. Cakap dengan husband ada air asam cicah habis lamb ni. Hihihi

Ini pula desset. Tak habis pun saya makan. Saya makan ice cream n chocolate fondant tu separuh ke. Kenyang sangat dah. 


Bila sampai kuih ni semua orang dah ketawa besar. Sebabnya dah kenyang then unik sangat disusun kuih muih tu. Waiter tu nak tolong pass kan kami pass sendiri je sambil angkat rak kuih tu. Saya tak makan pun sebab dah kenyang dah tak boleh masuk lagi dah. 
Ada lagi satu menu saya x snap. Rendang ayam dengan ravioli. Ok juga. Itu starter. 
Ok lah sampai disini dulu. Saya nak cerita wedding anak buah saya belum sempat sempat. Lepas ni lah . Harapnya dipermudahkan lah.