Apr 24, 2014

Seluar kain pelikat dan passport envelope



Assalammualaikum.....

Baru dapat keluar cerita jahit. Ada saja aktiviti jahit cuma kadang lupa nak snap. Tak pun terperap dalam camera. 
Ok ni nak cerita pasal pants dari kain pelikat. Seluar ni untuk Noah Hayden. Dah selamat pakai pun cuma saya tak snap. Hp bateri kong. Hihihi
Dari kain pelikat budak dapat 2 helai seluar ni. Boleh pakai buat bashan atau buat seluar tidur. 
Lama juga nak siapkan. Bukan apa asyik tertangguh. Konon sekejap je jahit , nanti lah nanti lah last last lama baru siap. Kesian noah. Sorry mama noah Pn Jaja. Hihih






Ok satu lagi ni dapat tempahan dari Ustazah Nadia. Dia wassap nak suruh saya buatkan envelope untuk simpan 3 passport. Saya pun ok je sebab suka nak buat kraf macam ni. Asyik jahit baju je boring juga. Tengok banyak juga tutorial tapi saya ikut style saya jelah. Senang. 2 hari dah siap. Yang lama tu nak jahit x tu je. Tebal so kena kerja kuat sikit.




Dah selamat sampai kepada empunya dan dah dibawa naik flight pun. Hihihi
Cukup setakat ini dulu. Nanti cerita lagi. Jumpa lagi semua. 



6 comments:

  1. Ada je projek menjahit ek kak.. comel sampul surat tu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada zila. Awak lagi la semua quilt , jeles i tau

      Delete
  2. mesti selesa pakai seluar tuh kan... kain pelekat normally selesa dipakai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaa....memang. Dulu pernah buat kat husband ,dia selalu pakai masa tido.

      Delete
  3. Selesa pakai kain pelekat.
    Ibu saya dulu rajin juga buatkan dari kain batik seluar untuk duduk di rumah.

    ReplyDelete