Apr 16, 2015

Bercuti di Pulau Perhentian



Assalammualaikum.....

Apa khabar semua ....ada lagi ke yang bw kat sini ....huhuhu lama sangat nak update blog pun.
Sibuk tapi tak tahu sibuk apa ....hehehe ...buat buat sibuk kot.
Nak cerita kami sekeluarga ke Pulau Perhentian.Bukan jauh pun ...dekat je.Sejak kahwin ini lah pertama kali saya ke Pulau Perhentian .Pada hal rumah mentua saya ke jeti 10-15 minit...Kalau nak pergi pagi balik petang pun boleh sangat rasanya.Tapi tak sampai sampai.
Tapi cuti kali ni nekad nak pergi juga ...anak-anak pun cakap mama nak pergi juga .
Selalunya bila plan nak ke pantai atau ke pulau mesti mak mentau saya cakap bahaya , ombak besar , mabuk laut sebab tu plan kami asyik terbantut je.Tapi sebenarnya mentua saya dia memang mabuk perjalanan....hehehe .Kalau naik kereta lama-lama pun dia akan mabuk .heheheh
 CNY sebelum cuti sekolah  kami balik ke Besut so cakap dengan FIL kami nak ke Pulau Perhentian so dia akan book kan chalet dan feri.Orang sana kan so memang ada sangat contact dengan tuan empuya chalet .Saya mula mula rasa macam tak nak balik dah sebab penat CNY balik cuti sekolah nak balik lagi .Lepas tu Widad ada latihan Coral Speaking .Nasib baik juga camridge tunda exam minggu depannya kalau tak melepaslah nak exam.
Kami balik hari Selasa ....selepas wafi ada kem matematik di sekolah dan widad ada latihan coral speaking .tengahhari juga kami bertolak .Husband pula ke Sabah Isnin malam baru balik, saya pula mencari google untuk snorkling ...lifejacket untuk Affan ...kesana sini mencari , tapi kesuntukan masa ambil jelah yang mana jumpa .Sekali bila sampai Pulau murah juga googlenya ...heheheh 
Oklah tak payah cerita panjang lah ....nikmati gambar tapi sedih sebab kami tak ada underwater camera.memang keciwa....kalau ada boleh snap gambar nemo ...



Nak tunggu naik jeti ...adik saya kata macam nak pergi hantar pergi haji ...heheh sebenarnya mentua n kakak ipar nak ke pasar so hantar kami dulu ...
Dah tak ingat ....gambar ni dah jauh dari jeti or  dekat lagi dengan jeti ...
Ini pantai depan chalet kami menginap tapi kami tak dapat chalet sea view...kami dapat hill view...
Ini chalet kami ....besar .ada katil queen n single bed.muat la untuk kami ber7
Lepas lepak pantai sekejap sebaik sampai kami makan then terus cari pakej snorkling .....
Masa ni diaorang kejar penyu ...saya dah tak terjun dah tak larat ....penyu pandai berenang ..mak...hahahah terkedek cam katak .
yang atap biru chalet kami...CORAL VIEW ...best cuma makan kureng sikit.
Pagi-pagi tunggu water taxi nak cari makan dah tak lalu nak makan kat chalet ....hahhaha

Sebenarnya kami ni kesuntukan masa.pergi pun 1 malam je.memang tak puas.Anak-anak ajak plan lagi lepas ni kena siap awal-awal dah tahu apa nak bawa .Tapi walau pun satu malam memang best ......best sesangat .Kalau rajin ...heheheh rajin saya masukkan gambar lagi ...ada lah sikit gambar tu pun guna hp jer...hehehe 

Ok sampai disini dulu ....jumpa lagi .

8 comments:

  1. Cantiknya laut sana, kak Suzie. Air nampak hijau lagi. Best, best! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul yati....cantik sesangat .muka hitam legam pun dah tak kisah janji dapat menikmati keindahan ciptaan Ilahi

      Delete
  2. Cantik chalet nampak selesa.
    Tumpang seronok tengok macam ada di sana.
    Pulau perhentian tak pernah lagi jejak kaki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aa...chalet memang selesa tapi tak ada tv..heheheh tapi memang tak sempat pun rasanya nak menghadap tv...heheh
      Dah tak jauh dari KL sekarang sebab LPT dah siap ....

      Delete
  3. syoknya kak... saya tak pernah sampai ke Pulau Perhentian.. jernihnya air.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syok Zila...akak nak ulang lagi ni tapi kena cari cuaca molek....zila pandai berenang lagi la best ...akak tak pandai berenang ni pun boleh je main ikan dalam air...kaki tak jejak tanah ni ....hahahahhaah

      Delete
  4. bestnyerrr..
    last year saya beriya plan nak ke pulau perhentian... nak snorkeling bagai.. tup tup bila dah pilih2 pakej yg ada, pregnant plak.. kensel terus. Nasib baik lom bayar apa2... bila lah agaknya boleh kesana lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best mila....anak2 dah plan nak datang lagi lepas tu nak teroka pulau redang pula...berenang x boleh berangan nak teroka ...hahahah

      Delete