Jun 23, 2016

Red Rubies

Assalammualaikum ,

Dan masuk 10 malam terakhir Ramadhan .Terawih pun dah mula baca doa qunut.Sekejap je masa berlalu .
Ok hari ni nak cerita pasal masak-masak .Sepanjang bulan puasa selalunya jarang saya beli kecuali anak-anak nak makan fast food.Dari juadah berbuka, pencuci mulut kuih muih juadah sahur semua nya saya masak .Saya lebih rela masak dari pergi ke pasar Ramadhan . Malas betul nak ke pasar.Tahun ni juga suami berpuasa di rumah setelah 3 tahun tak berpuasa bersama .
Tahun ni juga saya lebih banyak ke jaya grocer dari ke Pasar bandar Baru Bangi atau Pasar Kajang .heheheh Malas betul nak masuk pasar basah ....baju , tudung semua bau ikan ...

Ok nak cerita desert yang dibuat semalam .Red Rubies ...saya selalu makan ni kalau ke Restoran Amarin .Kalau bw ramai yang kata makan di Johnny .Saya tak suka sangat ke Johnny .



Bahan utama nya sekuang cina atau water chestnut .Beli di pasar basah , sebab dah tertengok so beli .Dah siap di pack so tidak boleh nak memilih .Boleh guna separuh je yang lain mcm busuk , tak tahu lah kot saya ni tak reti..hehehe tengok coklat-coklat isinya saya buang heheh


Dah dibuang kulit , potong dadu dan direndam dalam pewarna merah .

Lepas tu disalutkan dengan tepung ubi .Saya buat 2 kali salut , tapis juga bagi buang lebihan tepung .Dah siap ni rebus , bila dah timbul angkat dan masukkan ke dalam air ais.



yang ni dah siap , saya simpan dalam peti sejuk .Lepas tu saya masak santan dengan gula .Sejukkan dalam peti juga .


Ini lah rupanya , saya dan suami je makan , anak-anak rasa pun tak nak .Ok lupa pula saya masukkan juga nangka.Rasa dan bau nangka tu memang memikat .Rupanya kalau masuk buah kabung lagi sedap lepas balik terawih makan lagi kali ni ada buah kabung .Idea dapat dari Kak yan ..hehehe 


Ini pula puteri mandi .Kelapa terlebih hehehe ...dulu masa kecik arwah mak buat puteri mandi bancuhan tepung pulut dimasukan kedalam santan . Baru-baru ni balik berpuasa di Besut dapat rasa puteri mandi versi Pantai Timur .Adunan tepung pulut digaul dengan kelapa yang dimasakkan dengan gula.Saya suka juga ...dalam santan saya suka yang digaul kelapa pun saya suka.Saya kalau kuih berasaskan tepung pulut atau pulut memang suka sangat .

Sampai disini dulu , selamat memecut 10 malam yang terakhir ini untuk memperolehi lailatul qadar.

11 comments:

  1. he..heee.. sama N3 ye..
    sedap kann..
    akak mmg suka sangat.
    anak2 pun suka..

    ReplyDelete
  2. Hebatnya kak Suzie, banyak memasak.
    Nampak sedap red rubbies. Yati beli tak pernah, makan ape tah lagi, sengkuang cina. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yati..kak suzie makan di thai restoran, kalau tak makan pulut mangga mesti ambil ni ..

      Delete
  3. Waterchestnut orang kata boleh buat kerepek juga kan.

    Selamat Hari Raya Aidilfitri.

    Maaf Zahir Batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah dengar pula D, maybe juga la kot ...

      Selamat hari raya juga utk D n famili

      Delete
  4. Red rubbies tu nampak sedap. Pandai Suzie buat. Nampak macam tap tim krob iaitu dessert Thai yang saya suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak, sama je tu ,,...tapi saya selalu ingat red rubbies hehe

      Delete
  5. Red rubbies tu nampak sedap. Pandai Suzie buat. Nampak macam tap tim krob iaitu dessert Thai yang saya suka.

    ReplyDelete