Jun 12, 2016

Salam Ramadhan

Assalammualaikum...

Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini.
Banyak cerita nak diceritakan tapi nak mengarang cerita kalau boleh sependek-pendeknya ...hahahahha



2 Minggu sebelum Ramadhan gigih saya ajak anak-anak ke surau pada waktu subuh. Harapnya berterusan sampai bila-bila.


Photo ni celeberate birthday wafi .Dinner di Laman Grill Kajang .Second time ke sini .First dulu masa-masa baru-baru dibuka.

Ini pula celeberate birthday Sofiya 10 hari selepas birthday wafi .Lunch di Teppanyaki ioi mall.


Photo atas ni pula vacation yang tidak dirancang .Hehehhe  main redah je .Husband balik pagi petang kami bertolak ke Penang .First night kami tidur di Holiday Inn Batu Feringgi .Walk in je , nasib ada kosong bilik. Sebab pool yang tak berapa berapa best kami cari pula hotel lain. Kami bermalam di Bayview pula.Yang ni memang best , dengan anak-anak yang memang suka main air baguslah tempat ni .



Dari Penang kami balik Batu Kurau semalaman.Saja balik makan durian .Di penang makan durian Balik Pulau ...Dari Batu Kurau kami terus balik ke Besut .Dasyat ...hehehe dalam berapa hari kami merentas Malaysia ...heheh 


Ini kuih first day puasa di Besut .Pulut Sekaya .Dah 3 kali saya buat guna resepi Azie Kitchen .Memang menjadi dah best .Terima Kasih Kak Azie selalu jadi rujukan saya .

Di Besut memang panas sangat . Itu yang boys ni buka baju ...tak tahan sangat .Merah-merah badan .

Sampai disini dulu ....Terima Kasih daun keladi kalau rajin datang lagi baca heheheh 

7 comments:

  1. Selamat berpuasa, kak Suzie.
    Wah.. road trip. Hari tu yati ada nampak simpang nak ke Batu Kurau. Baru tau kat mana rupanya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa utk yati juga ...best tau Batu Kurau kalau tak ada durian cari pisang pun ok.manis pisang sana hehhe

      Delete
  2. Suzie, my style now buat blog senang.
    i buh gambar, tulis sikit je. heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah kak yan...pening nak menaip kan .kadang rasa banyak kerja lain nak buat heheh

      Delete
  3. Salam Ramadhan Kak Suzie.

    Lama tak ke utara.
    Yang Bayview okay ya, bolehlah jadi rujukan kami.
    Kali terakhir ke Penang masa anak baru ada satu je hehehe....

    Pantai Timur tahun ni belum lagi kami balik sana langsung.
    Lebih banyak merentas Laut China Selatan.

    Cepat kan anak membesar.

    Selamat Menjalankan Ibadah Puasa :).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ramadan D .

      Lain kali kalu ke penang lagi akak nak book hard rock , pool lagi best .tapi sebab kami ni main terjah je tak ada kosong fully booked.sedih .
      Bayview akak book 2 bilik actually satu bilik pun dah cukup , luas bilik nya .

      Delete
  4. Salam Ramadhan kak... dah hujung2 baru nak wish,,huhuhu..
    sedapnya pulut sekaya.. abis diet nanti nak try la.. hihihihi... ;)

    ReplyDelete