Jul 26, 2016

Aidilfitri 2016

Assalammualaikum...

Lambat betul nak update gambar raya .Dah nak habis raya dah pun . 
Tahun ni beraya di Besut .Hari raya pertama kami buat majlis Aqiqah.Setiap tahun memang ramai tetamu datang tapi kali ni meriah sikit heeh ada kambing 2 ekor.

Saya masak lontong ,  MIL buat nasi kerabu kuning .Memang terangkat .Lepas tu ada nasi imput dengan sambal ikan . Wafi buat brownies , ada rendang dan ketupat palas goreng .Disebelah pantai timur memang ketupat digoreng so garing-garing sikit pulutnya.



Sempat bergambar sebab masa ni tak ada tetamu sekejap .Sekejap je..snap 2-3 x dah sampai tetamu ...heheh 



Ini raya kedua, kali ni raya kedua saya dah balik Perak .Sebab cuti selepas raya pendek sangat .Raya kedua pepagi dah bangun siapkan bekal dan sambil-sambil nak naik kereta berposing2 kejap.

Kami semua gigih berbaju raya heheh sebab sampai Perak terus nak pergi beraya .Hehehe 
Pukul 9 dah bertolak ke Perak kalau lambat memang perjalanan dari 4 jam boleh jadi sampai 10-12jam.serik dah rasa ....dah lah lalu jalan biasa mana ada rnr....



Ini raya ke3 reunion sekolah saya di Batu Kurau .Sekolah menengah Dato Kamaruddin Batu Kurau .
Ada kawan dari sejak tadika, kawan dari sejak darjah 1 , kawan sekampung ....First tme saya join group reunion .Selalu memang terlepas je...rasa macam masih dibangku sekolah lagi .Ini posing dengan geng pompuan jer....

Sabtu pagi lepas subuh kami bertolak balik KL , sempat singgah ikea sebab sampai awal.Then pekena nasi kandar di bangsar heheh...
Sampai rumah sebelum Zohor , lepas Zohor attend open house jiran. Lepas tu tidur je sebab penat .Penat apa tak tahu ...hahah kekenyangan kot.


5 comments:

  1. Seronoknya dapat jumpa kawan-kawan lama.
    Hehe.. travelling memang penat. Dok dalam kete berjam-jam, kan. Penat mengalahkan driver (kes yati ler). ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. AA yati ...best jumpa kawan-kawan lama.
      betul hehehe sampai kampung hilang semua penat .hehe

      Delete
  2. salam kenal Suzi :)
    kaknoor singgah petang

    ReplyDelete
  3. Salam Raya Kak Suzie.

    Sekejap je rasa raya kali ini dah ke penghujung.
    Penat juga driver kan dari Besut ke Perak.
    Tapi penat tu tak terasa bila balik kampung kan.

    ReplyDelete
  4. Lama x jumpa aunty sekeluarga.. For sure paling rindu sofiya lah hehe..

    ReplyDelete