Entry lepas cermin myvi saya pecah.So malam tu malas nak fikir ,untuk lepaskan tension saya dan serabut di kepala inilah hasilnya.Hahahah dapat tidur cadar baru pun dah rasa lega hilang semua masalah .Itulah cara saya release tension saya .Boringkan asyik jahit baju kurung dapat sehelai cadar ni rasa lega sangat.
Tetapi sayang tak lama .Pagi Isnin tu bila nak hantar widad ke sekolah estima saya pula tidak mahu hidup.Aduh.....dulu beli myvi dengan niat nak kereta kecil dan kalau 1 problem boleh lah guna 1 lagi.Sekarang 2-2 problem...Dugaan besar buat saya.Tension lagi.Call AAM itu jelah jalannya.Sebab tulah saya dah hampir 5 tahun lebih saya bersama AAM.Bateri problem...AAM datang tukar bateri ok.
Saya rasa pening lagi ,nasib baik tak ada darah tinggi kan.Tengahari tu saya ke Hospital Serdang melawat suami kawan saya dan petang saya ke ioi dengan cousin.Lega.
Tetapi Selasa widad pula demam nak kena ke klinik.Kereta tak settle lagi .Petang saya tak banyak keluar sebab anak-anak mengaji then malam selalunya ada KUMON.So kalau nak buat apa-apa sebelah pagi.Semalam dah siap cermin saya .Auto gate pun rosak so semalam jugalah panggil orang repair.Dalam masa sehari duit saya habis lebih RM600.Lajunya duit keluar .1 minggu duit saya keluar dah nak 1000.Nak ke tak nak terpaksakan.Semuanya kena buat .Kalau tak susah juga.
Hari ini kerja saya dah siap.Lega-seleganya.Tinggal estima diserahkan kepada husband bila dia balik nanti.Biasala nak mengadap JPJ.Tapi hari ni nak jalan-jalan mid valley ....heheheh dan nak SS2 nak cari kain tudung untuk baju raya ......sapa nak ikut?
Menu :
Hari ini breakfast belanja Dahlia ( cousin ) nasi lemak sebab hari lahir dia....
Lunch : Ikan masak kicap pedas
Dinner : belum bercadang ....nak g ronda-rondakan hari ni tunggulah fikir petang-petang sikit....
Khasiat :
Ayat 201 Surah Al Baqarah
Ya Tuhan Kami ,berilah kami kebaikan didunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka
Ayat ini dibaca ketika melihat orang-orang yang kena bala .Insya Allah terpelihara sipembaca dari bala tersebut .Kata sesetangah ulama sesiapa mengamalkan ayat ini insya Allah akan dikurniakan isteri yang solehah (petikan buku Khasiat dan Fadilat ayat-ayat suci Al Quran 30 Juzuk)