Jul 13, 2011

Menjahit untuk release tension


Entry lepas cermin myvi saya pecah.So malam tu malas nak fikir ,untuk lepaskan tension saya dan serabut di kepala inilah hasilnya.Hahahah dapat tidur cadar baru pun dah rasa lega hilang semua masalah .Itulah cara saya release tension saya .Boringkan asyik jahit baju kurung dapat sehelai cadar ni rasa lega sangat.
Tetapi sayang tak lama .Pagi Isnin tu bila nak hantar widad ke sekolah estima saya pula tidak mahu hidup.Aduh.....dulu beli myvi dengan niat nak kereta kecil dan kalau 1 problem boleh lah guna 1 lagi.Sekarang 2-2 problem...Dugaan besar buat saya.Tension lagi.Call AAM itu jelah jalannya.Sebab tulah saya dah hampir 5 tahun lebih saya bersama AAM.Bateri problem...AAM datang tukar bateri ok.
Saya rasa pening lagi ,nasib baik tak ada darah tinggi kan.Tengahari tu saya ke Hospital Serdang melawat suami kawan saya dan petang saya ke ioi dengan cousin.Lega.
Tetapi Selasa widad pula demam nak kena ke klinik.Kereta tak settle lagi .Petang saya tak banyak keluar sebab anak-anak mengaji then malam selalunya ada KUMON.So kalau nak buat apa-apa sebelah pagi.Semalam dah siap cermin saya .Auto gate pun rosak so semalam jugalah panggil orang repair.Dalam masa sehari duit saya habis lebih RM600.Lajunya duit keluar .1 minggu duit saya keluar dah nak 1000.Nak ke tak nak terpaksakan.Semuanya kena buat .Kalau tak susah juga.
Hari ini kerja saya dah siap.Lega-seleganya.Tinggal estima diserahkan kepada husband bila dia balik nanti.Biasala nak mengadap JPJ.Tapi hari ni nak jalan-jalan mid valley ....heheheh dan nak SS2 nak cari kain tudung untuk baju raya ......sapa nak ikut?

Menu : 
Hari ini breakfast belanja Dahlia ( cousin ) nasi lemak sebab hari lahir dia....
Lunch : Ikan masak kicap pedas
Dinner : belum bercadang ....nak g ronda-rondakan hari ni tunggulah fikir petang-petang sikit....

Khasiat :
Ayat 201 Surah Al Baqarah
Ya Tuhan Kami ,berilah kami kebaikan didunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka 

Ayat ini dibaca ketika melihat orang-orang yang kena bala .Insya Allah terpelihara sipembaca dari bala tersebut .Kata sesetangah ulama  sesiapa mengamalkan ayat ini insya Allah akan dikurniakan isteri yang solehah (petikan buku Khasiat dan Fadilat ayat-ayat suci Al Quran 30 Juzuk)



7 comments:

  1. Respek la kak Suzie, boleh jahit cadar sendiri. Cantik!
    Memang betul kak Suzie, duit sekarang mengalir macam air je. Laju. Sabor je la.

    ReplyDelete
  2. Ye la Yati tadi g shopping heheheh bali baju husband hmmmmm faham-faham jelah baju lelaki

    ReplyDelete
  3. kreatif lah akak,sy suka tgk hasil kerja akak :)

    ReplyDelete
  4. cantiknya cadar tuh... mesti best tido cadar baru hihihi

    bizinya suzie yerr... setiap org ada dugaan dan cabaran yg perlu dilaluinya setiap hari, syukurlah Allah tidak akan membebankan hambaNya, melainkan sesuatu yang ia termampu.. suka baca ayat last surah albaqarah tu...

    ReplyDelete
  5. Cute Girl....tq.cadar tu jahit lurus jer...

    ReplyDelete
  6. Mila...warnanya memang bright.Saya masuk cari kat stor jakel shah alam.Salesgirl tu bg tau dalam stor lagi banyak choice.Masuk la tapi panaslah kan ....
    Ye lakan dari dugaan dan keperitan tu kita belajar.Kalau asyik senang je tak ada nikmatnya hidup ni kan...selalu pesan ngan anak-anak jangan semua kerja nak senang je...

    ReplyDelete
  7. Kak Suzie.. cantiknyer.. mcm pengantin baru.. heeeee.. kain jenis apa tu ek kak? mcm silk..

    ReplyDelete