Hari ini pagi-pagi dah hujan saya tak ke pasar sebab semalam dah ke pasar.Pagi-pagi hujan tu lah sempat saya siapkan 2 pasang baju.Hari ini ke kenduri kahwin anak jiran tetapi dibuat di dewan Penjara Kajang.First time masuk kesana ...nyaman.Maybe kedudukannya di atas bukit...dan maybe juga hujan.Sebelum keluar rumah ,saya terpandang kaca bersepah atas lantai garaj.Kenapa?Rupanya cermin belakang Myvi pecah.Jiran sebelah memang tengah operasi mesin rumput.Tapi anak saya Wafi kata sebelum mesin rumput lagi dah pecah .Budak-budak bila cuti pepagi lagi dah main kat luar .Boleh pula tengok saja dan tak cakap dengan saya .Pembantu pula maybe tengok tak pula sapu kaca.....Hmmmm estima road tax mati 20hb dan ada saman kat JPJ myvi pula pecah cermin.Malas nak buat kerja ni semua .Tak tahu sempat ke tak kalau tunggu husband balik je settle kan ...
Balik dari kenduri ingat nak sambung jahit baju tapi macam boring dan dah lama kepingin nak buat table runner ini.Akhirnya sempat juga disiapkan hari ini .
Saya guna pelbagai kain .Ada lebih dari buat craft ,ada lebih buat baju ...so ada cotton ,ada corduroy,ada viscose so macam tak cantik sanagtkan .Maybe kalau guna fully kain cotton untuk craft mesti cantik.Tapi anak-anak memang memujilah kan .Dimata kita memang tak cantik tapi mata orang lain cantik.Lepas ni nak buat untuk display table pula ....
Petang ...budak-budak ni lepak sambil main kat laman.Saya ada setandan pisang diberi adik saya .Petang ni budak-budak makan cekodok pisang.Nama lain jemput pisang.heheheheh
Menu hari ni : Pagi roti n hotdog
Lunch : Saya ke kenduri ,anak-anak makan nasi goreng.Pembantu saya boleh tak tahu bila dia masak nasi dalam periuk kecil dan belum terusik...Sabo je lah
Dinner : Spaggeti goreng ....
Khasiat Al Fatihah :
Menghilangkan rasa lapar dan dahaga
Baca surah Al- Fatihah pagi hari,sebaik-baiknya sebelum subuh.Kemudian tiup pada tapak tangan dan perut.Insya Allah hilang rasa lapar dan dahaga.
pada pandangan mata saya dah cantik dah table runner tuh...bestlah rumah suzie ada taman.. anak saya dok main kat luar seharian smlm, sebab ada family day kat taman kami tuh
ReplyDeleteKak Suzie,
ReplyDeleteYati pun rasa table runner tu cantik. :)
Susahnya kalau cermin kete pecah, husband pula takde.
Mila:TQ....bila dah lama pandang cantik pula hehehe Rumah lama dulau anak-anak main kat jalan jer...bila rezeki lebih tulah dapat beli rumah ni .Alhamdulillah....
ReplyDeleteYati: sebenarnya akak lebih 11 tahun hidup macamni ,husband selalu tak ada tapi bila jadi hal-hal macam still malas nak uruskan.Patutnya dah expert lah kan ....biasalah nak manja-manja
ReplyDeletesalam singgah,
ReplyDeletecantik table runner tu... kakyong dah lama tak menjahit.. mood menjahit ke laut..
ct dah lama tak menjahit,entah apa lah yg di sibukkan tak tahulah..rindu gak nak menjahit semula...
ReplyDeletea,ah la kak ...sme tp xserupa mcm table runner yg sy bt tu ha3...
ReplyDelete