Apr 21, 2011

Modul Piramid makanan

Semalam singgah di blog Yati.Dia kena gastrik sebab tak makan nasi .Bukan tak makan sebenanya tapi skip satu hidangan.Hari ni saya beli majalah Rapi.Sebelum ni tak pernah berminat dengan majalah ni tapi hari masa isi minyak terpandang dan terus beli.Bila dah baca bagus rupanya majalah ni .Piramid makanan terbaru ni dah dilancarkan tahun lepas iaitu Mac 2010.Ini lah RAPI bulan April .Muka depan tu Zenny The bigger loser Asia Kategory Home.

Piramid Makanan Malaysia

Inilah piramid makanan Malaysia yang baru .Saya dapatkan dari Pusat Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia dan turut dimuatkan dalam Majalah RAPI. Contoh menu juga diberikan.
Saya bagilah contoh menu 2000 kalori.Menu ni untuk wanita yang aktif secara sederhana,lelaki yg tidak aktif,kanak-kanak dan remaja perempuan.

Sarapan - 11/2 cwn mihun sup + 1 cwn kopi dgn susu tanpa lemak
Minum Pagi (pukul 10)- 1biji kuih+1 cwn teh o dgn 1 sudu teh gula
Lunch- 1 1/2 cwn nasi + 1 ekor ikan kembong sambal + 1/2 cwn sayur sawi + 1kpg tempe + oren + air suam
Minum Petang (pukul 330ptg) - 2biji kuih + 1cwn minuman coklat dgn susu rendah lemak
Dinner - 1 1/2 cwn nasi + 1 ketl peha ayam goreng + 1 kpg tauhu + 1 biji buah belimbing +air kosong.

Saya suka sangat dengan menu ni .Kita makan tapi control kuantiti nya.Nasi pula kita boleh gantikan degn 2 kpg roti,6 kpg krim kraker,2 cwn bubur nasi ,1 cwn mi ,1 cwn bijirin,2 biji kentang dan 1kpg capati.
Dan saya juga dah try petua kempiskan perut .Ambil 1 atau 2 asam keping rendam dlm segelas air panas.Biarkan sampai air mulai suam.Minum pagi dan malam .heheh kalau jadi saya bagi tau .

Ok lagi pasal rempah -jintan manis rebus dengan 5 cawan air.Bila dah sejuk minum.Amalkan petang dan malam.Untuk buang lemak di pangkal paha.....

Lada hitam pula boleh legakan batuk dan selsema.masukkan dalam sup atau gaul dalam bubur nasi .

Ketumbar - dapat meningkat kan daya fokus.Bagus ke untuk anak-anak kita ? Fokus dalam pelajaran ...betul ke penafsiran saya ni ....

Haaa......suka sangat nak cuba.Jangan jadi mat jenin sudah .Ada siapa-siapa nak chalenge ke ...kita buat Jom Diet .....heheheheh

3 comments:

  1. haha nak join la jom diet..mmg dh berisi badan nie..ape x nye suka late supper kat Mcd, studi sambil makan ^ ^

    ReplyDelete
  2. Hahahah ...bad habit .mlm kalau lapar boleh makan oat or krim kraker 4 kpg.Fast food byk garam...heheheh rebus kentang pun ok pe...

    ReplyDelete
  3. tau xpe..alah akak, tahan ke dok dlm mcd 4-5 jam tanpe beli..uihh dugaan tue..beli bubur ngan kopi pun jadi lah ^ ^

    ReplyDelete